Skincare For Beginners : Basic Yang Wajib!
- skincarebazaar
- Aug 15, 2019
- 2 min read
Hai semua!
Post ni ditujukan khas untuk mereka yang baru lagi dalam dunia skincare, yang masih tak tahu apa2 tapi berminat untuk jaga kulit dengan cara yang betul & produk yang legit :)
As beginners, korang hanya perlukan 4 produk sahaja :
1. Oil based Cleanser - cleansing oil, cleansing milk, micellar water**
2. Water based cleanser
3. Moisturizer
4. Sunscreen
**Oil based cleanser - fungsi untuk cuci makeup atau sunscreen. Kalau korang masih tak sure nak guna oil cleanser jenis yang mana, korang boleh guna Micellar Water dulu. Micellar Water ni bukan lah dalam kategori Oil Cleanser, tapi dia mampu untuk cuci sunscreen.
Water based cleanser - pencuci muka biasa yang korang guna. Mesti korang tertanya tanya kenapa kena ada 2 jenis cleanser? Untuk detailed explanation korang boleh refer post berkenaan Double Cleansing Method. Pencuci muka jenis water-based ni korang guna 2-3 kali sahaja dalam sehari. Boleh refer post Cleansing 101 untuk tahu bila yang korang kena cuci muka.
Moisturizer - ada macam2 jenis texture moisturizer yang berada di pasaran, yang famous adalah GEL texture & CREAM texture, ada juga yang gabungan dua2 texture. Normally, Dry skin lebih prefer Cream texture moisturizer & Oily skin lebih prefer Gel texture moisturizer. Tak kisah korang nak guna moisturizer mana2 asalkan sesuai dan selesa dengan kulit.
Sunscreen - WAJIB! Kalau korang ada dry / sensitive skin, better cari sunscreen yang tiada Bad Alcohol. Kalau oily skin, boleh guna yg ada alcohol cuma make sure korang guna produk lain before that (contoh : essence/serum/toner, moisturizer) supaya sunscreen tadi tak kena direct contact dengan kulit. Bad alcohol ni in long term boleh kacau skin barrier kita.
Once korang dah jumpa 3 produk basic ni (yang sesuai & selesa dengan kulit korang), baru korang tambah produk2 lain macam hydrating toner, essence, serum/ampoule, clay mask, exfoliator etc.
Products Suggestion :


If korang berminat dengan mana2 combo ni boleh Whatsapp kami :
Comments