top of page
Search

All About Serum : Wajib Baca Sebelum Guna Serum

  • skincarebazaar
  • Aug 11, 2019
  • 3 min read

Updated: Aug 14, 2019

Hai semua!


Sejak Kayman Beauty launch Skintella Repairing Serum haritu, ramai yang berpusu pusu contact agent2 Kayman Beauty untuk dapatkan serum ni. Ramai juga yang tahu kepentingan serum dalam skincare routine. Tapi ada beberapa perkara yg korang kena faham before korang introduce serum dalam rutin korang. Ni antara Frequently Asked Questions (FAQ) yang sis selalu dapat dr followers / customers.


1. What is serum?

Serum adalah sejenis skin treatment dalam bentuk produk penjagaan wajah (skincare). Serum dicipta khas untuk tackle certain skin concern (skin problem). Nak guna serum tak perlu ikut skin type, sebaliknya perlu ikut skin concern.


2. Ada berapa jenis serum di pasaran?

Ada macam2 jenis serum dan setiap satunya ada fungsi dan kelebihan masing2.

- Brightening serum

- Soothing serum

- Anti aging serum

- Hydrating serum

- Acne fighting serum (soothing serum)

- Repairing serum (repair skin barrier)


3. Macam mana nak pilih serum?

First, korang kena tahu masalah skin korang atau skin concern. Contohnya skin concern korang adalah acne. Acne korang naik tak tentu masa, even time tak period (for girls) pun still naik jugak. So most probably skin barrier dah compromise. Korang boleh cari serum yang fokus dia untuk repairing atau soothing. Contoh lain, kalau kulit ada banyak dark acne scars /parut gelap, korang boleh cari brightening serum.


4. Macam mana nak tau korang pilih serum yang betul atau tak untuk kulit korang?

Baca & reearch ingredient serum tu. Sangat penting untuk korang baca dan Google berkenaan ingredient produk. Dari situ korang dapat kenal kulit korang, apa yg kulit korang suka, apa yg kulit alergik. Untuk beginners memang akan take time sikit untuk korang kenal kulit sendiri. Memang memerlukan masa, tenaga dan duit. It is all about try and error untuk mula2 ni. But dont worry, once korang dah kenal kulit sendiri, things will be easier.


5. Cara Guna Serum

Boleh guna siang dan malam setiap hari. Before guna make sure korang patch test dulu untuk tau sama ada serum tu sesuai atau tak dengan kulit korang.


Cleanser - toner - serum - moisturizer - sunscreen (siang)


Toner/essence/serum/ampoule ni korang pakai ikut texture dari thinnest to thickest. Mana yg cair pakai dia dulu, yg pekat sikit pakai kemudian.


6. Boleh tak pakai serum sahaj tak pakai produk lain?

Ramai jugak yg salah faham tentang serum. Ada yang ingat serum ni magic, pakai dia je boleh hilang semua masalah kulit. Sebetulnya, kalau korang pakai serum tapi tak pakai cleanser, moisturizer, sunscreen, amatlah sia-sia. Sebab kulit korang tak bersih, tak cukup moisture dan terdedah dgn UV damage, semua ni akan buatkan kulit korang bertambah teruk dan serum tadi tak akan berkesan. That's why wajib guna cleanser, moisturizer & sunscreen. Itu basic routine yang korang kena ada sebelum tambah benda2 lain macam serum, essence etc.


7. Boleh tak guna lebih dari 1 serum dalam rutin?

Boleh. Cuma ramai yang silap langkah bab ni. Kalau nak guna more than 1 serum dlm satu rutin, make sure fungsi serum tu lain2. Kalau both brightening serum, agak rugi dan tak balance. Contohnya korang guna brightening serum, kalau nak tambah lagi satu serum boleh guna soothing serum atau hydrating serum. Tak kisah apa sahaja skin concern korang, make sure ada hydrating product dalam rutin korang. Trust me, bila korang jaga hydration kulit, dia akan kurang bermasalah.


8. Berapa lama nak nampak kesan serum?

Paling cepat 2-3 minggu. Ada jugak yang ambil masa berbulan. Yang penting korang kena sabar.


9. Apa beza antara serum, essence & ampoule?

Tiga2 ni adalah skin treatment. Nama je lain. Setiap brand dorang define nama ni lain2. Contohnya ada brand yang consider ampoule lagi power dari serum - SKIN1004 guna 100% Centella Asiatica extract dalam product dorang jadi dorang namakan product tu ampoule instead of serum.


10. Siapa yang perlu gunakan serum?

Those yang dah buat basic skincare routine (cleanser, moisturizer, sunscreen) selama 3 bulan tapi tak nampak perubahan yang ketara pada kulit, boleh start guna serum.


Additional Reading :


Products Suggestion (All are available at instagram.com/skincarebazaar)


Soothing serum / Acne fighting serum / Repairing serum :

1. KAYMAN BEAUTY Skintella Repairing Serum - RM69

2. THE PASTELS SHOP Holo Sea Cucumber Rejuvenation First Ampoule - RM78

3. IUNIK Tea Tree Relief Serum - RM50

4. SKIN1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule - RM48 / RM78

5. KLAIRS Rich Moist Soothing Serum - RM85

6. SOMEBYMI Snail Truecica Miracle Repair Serum - RM75


Anti aging serum / Hydrating serum:

1. THE ORDINARY Hyaluronic Acid -RM55

2. IUNIK Beta Glucan Power Moisture Serum - RM55

3. IUNIK Noni Light Oil Serum - RM55

4. THE PASTELS SHOP Holo Sea Cucumber Rejuvenation First Ampoule - RM78


Brightening Serum :

1. KAYMAN BEAUTY Rosa Glow Essence - RM89

2. IUNIK Rose Galactomyces Synergy Serum - RM55

3. IUNIK Black Snail Restore Serum - RM50

4. SOMEBYMI Snail Truecica Miracle Repair Serum - RM75

5. THE PASTELS SHOP Holo Sea Cucumber Rejuvenation First Ampoule - RM78





 
 
 

Comments


bottom of page